BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, February 28, 2010

RENUNGAN BERSAMA....



Allah tidak menjanjikan hidup ini tidak pernah susah

Seorang Executive muda yang berjaya sedang memandu disebuah perkampungan
di pinggir Bandar. Ia memandu
agak laju dengan sebuah kereta Waja yang berprestasi tinggi yang baru
sahaja dibelinya.

Sambil ia memandu perlahan-lahan ia sedang memerhatikan seorang anak kecil
dicelah-celah kereta yang diletakkan ditepi jalan, ia memperlahankan
keretanya untuk melihat sesuatu yang difikirkannya.

Seelok-elok sahaja kereta Waja tersebut melintasi kawasan tersebut; anak
kecil tidak kelihatan tetapi
seketul batu dilontarkan tepat mengena pintu disebelah kanan kereta Waja
tersebut. Apalagi Executive muda tersebut menekan brek sekuat hatinya dan
berundur ke tempat dimana Anak kecil tadi berdiri.

Dengan marahnya dia keluar dari kereta terus meluru ke arah Anak kecil,
menarik tangan anak kecil
dan menghempasnya ke kereta yang terletak ditepi jalan dan terus memarahi
Anak kecil tadi. Kita selalu kasar... siapa kita ?

"Apa ni ? Siapa awak ? dan apa ke jadahnya awak berada disini ? Itu kereta
baru, mahal dan susah nak baiki ? Awak tau tak ? Kenapa awak buat ini
semua ? jerit Executive tersebut..

Anak kecil itu tunduk sedih, sayu dan memohon maaf ; "Saya meminta maaf
Pakcik, Saya tak tahu apa patut saya buat, ia merayu. Saya melontar batu
kerana tak ada orang yang berhenti disini apabila saya panggil".

Dengan linangan air mata ia menunjukkan ke satu sudut yang tidak jauh dari
situ. "Itu abang saya , ia jatuh dari kerusi roda dari tebing di sebelah
dan tak ada orang yang dapat mengangkatnya kembali. Boleh tak Pakcik
menolong saya, ia cedera dan ia terlalu berat untuk saya.

Dengan rasa terharu, Executive muda tersebut melepaskan anak kecil
tersebut dan terus mengangkat abangnya dan meletakkannya kembali ke kerusi
roda. Terima kasih, pakcik.
Saya doakan pakcik selamat dunia dan akhirat.

Tak dapat digambarkan dengan perkataan, Executive muda hanya melihat
dengan sayu, Anak kecil tersebut menyorong abangnya yang cacat dan cedera
pulang menuju ke rumahnya. Anak sekecil itu boleh mendoakannya akan
kesejahteraan hidupnya.

Executive muda tersebut berjalan perlahan ke arah kereta, WAJA kemek teruk
tetapi ia membiarkan saja tanpa dibaiki. Ia mengigatkannya bahawa kita
tidak perlu berkejar-kejar dalam kehidupan ini sehinggakan seseorang
melontar batu hanya kerana hendakkan perhatian .

Pengajaran

Allah tidak menjanjikan hidup ini tidak pernah susah,
bersuka-ria tanpa kesedihan, Panas tanpa hujan tetapi
ia memberi kita kekuatan, menenangkan kita semasa
kesedihan dan menunjukkan jalan yang sebenar-benarnya.
Janganlah kita sombong dengan kelebihan yang sementara.


LUANGKAN MASA ANDA SELAMA 15 - 20 MINIT UNTUK MENGETAHUI
APAKAH MESEJ YANG DISAMPAIKAN SEBELUM ANDA KATAKAN TIDAK
BERMINAT ATAUTIDAK PERCAYA. TETAPI ANDA JANGAN BUANG RISALAH
INI SEBALIKNYA BERIKAN KEPADA SAUDARA ISLAM KITA YANG LAIN
KERANA MEREKA MUNGKIN SANGAT MEMERLUKANNYA. TERIMA KASIH.
WASSALAM.

KEHEBATAN SURAH AL-IKHLAS

'Au zubillah himinashsyaitan nirrajim...bismilla hirrahmannirrahi m'

Tafsirannya:
Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam,
Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana
dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam
tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama
cacing kepanasan. Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat di atas,
kemudian bacalah surah Al-Ikhlas (iaitu ayat: Qulhuwallahu ahad.
Allahussamad. Lamyalid walam yu-lad. Walam yakul lahu kufuwan
ahad.) sebanyak 3 kali.

Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah.
Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah
berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut. Amalkanlah bersolat
kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan
membantu kita menjawab persoalan kubur.

Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar
menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan
daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab
salam malaikat itu.

Diriwayatkan oleh Iman Bukhari sabda Nabi Muhammad s.a.w:
'Barang siapa membaca Qul huwa'llahu ahad 100,000 kali maka sesungguhnya
ia telah menebus dirinya dari Allah, maka menyeru yang menyeru dari pihak
Allah di langit dan di bumi.

Kusaksikan bahwa sifulan itu telah menjadi pemendekaan Allah
sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari sisi Allah, Sesungguhnya ia adalah

pemerdekaan dari neraka'. Inilah yang dinamakan membaca Qulhua'llah ahad
satu hatam yaitu 100,000 kali dengan diwiridkan seberapa ribu kesanggupan
kita
sehari.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal
dunia,
maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari
kesempitan
kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi
titian
siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. (Demikian diterangkan dalam
Tadzikaratul
Qurthuby).

Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya Siapakah
antara
Kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangkamasa dua-tiga minit? Tiada
seorang
dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan
bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat..

Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara
kepada Saiyidina Ali
bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa
yang dikatakannya
itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah
SAW menjawab
dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.

Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus
kitab Al-Quran.
Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran
kerana ianya sama
dengan membaca 30 jus Al-Quran.

Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat
Arasy di atas 360,000
sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun
perjalanan.

Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan
luasnya setiap satu
padang sahara itu seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap padang
sahara itu terdapat
80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas.

Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai
Tuhan kami,
sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang
membaca surah
Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.

Sabda Rasulullah SAW lagi:

Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu
tertulis di
sayap malaikat Jibrail a..s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat
Mikail a.s,
Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam
yakullahu kufuwan
ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.

Siapa membaca surah Fatihah, al-ikhlas, al-falaq, dan an-annas setiap satu
sebanyak 7 kali
selepas solat jumaat, nescaya terpelihara dari perkara keji dan segala
bala hinggalah ke
jumaat yang berikiutnya.

Jika dibaca 3 surah ini al-ikhlas, al-falaq and an-nass pagi dan petang
nescaya tidak
mengalami apa-apa kesusahan.



Nota:
Jika sekiranya kawan-kawan ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah
ilmu ini
kepada kawan2 yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW 'Sampaikanlah
pesananku
walaupun satu ayat'. Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu,
hanya
3 perkara yang akan dibawanya bersama :
1) Sedekah/amal jariahnya
2) Doa anak-anaknya yang soleh
3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

Tuesday, February 16, 2010

PERSOALAN

Apakah perasaan ini???
Aku rasa sangat terganggu dengan perasaan aku sekarang…
Sama ada aku cemburu mahupun aku sedih….
Aku tak dapat nak meletakkan perasaan aku di mana….
Kekadang aku tertekan bila aku mengalaminya…
CEMBURUKAH aku????
Aku tak tahu…..
Ya ALLAH!! Bantulah aku untuk menghindarkan perasaan ini dari hatiku….
Aku tak mahu menjadi seorang yang cemburu….
Ya ALLAH!! KAU peliharakan aku dari sebarang perasaan yang boleh merosakkan hati aku….
Aku amat benci bila aku berada dalam keadaan yang membuatkan aku jadi seorang yang lemah terhadap diri aku…
Kenapa perasaan cemburu ini terselit dalam perasaan aku???
Ya ALLAh….Ya TUHANKU…ENGKAU jauhkanlah perasaan ini dari diri aku….
Aku tak mahu di sebabkan perasaan cemburu ini akan membuatkan aku jadi hamba yang lemah dan tidak bersyukur…
Setiap kali aku di datangi perasaan cemburu..aku terasa amat sedih dan benci….
Aku serimg tertanya..adakah ini hanyalah mainan dan bisikan SYAITAN yang sering ,menjerumuskan hamba ALLAh dari jalan yang lurus….
Kenapa aku rasa cemburu apabila aku di layan dengan tidak adil???
Adakah aku sememangnya tidak pernah di hargai….
Ataupun, adakah aku hanya melukut di tepi gantang???
Sekiranya aku di beri pilihan untuk memilih,aku tak mungkin menjadi lalang yang tak bertepian…..
Meskipun apa yang terjadi, aku sebagai insan biasa akan cuba untuk menjadi kan perasaan cmburu aku kepada perasaan yang suatu hari nanti akan member ketenangan dan kedamaian yang mungkina ku tak akan dapat cari ……
YA ALLAH…YA TUHANKU…YA RABBAL ALAMIN….BANTULAH AKU UNTUK MENGHNDARI PERASAAN YANG MEMBUATKAN HABIL DAN QABIL BERBUNUHAN DAN MANUSAI BERANTAKAN…..
AMIN..AMIN…YA RABBAL ALAMIN…

Tuesday, February 2, 2010

..........CINTA PERTAMA????
.....Betul kew cinta pertame ssah nak lupe????
.....Aq byak kali dgar camtu…
…..hurmmmmm…..
Betol kew???
Kalu betol…
Nape ek???
Aq x pham btol…
.....Nape cinta pertama ssah nak d lupakan…
.... Ad yg kate sbb itu lah kali pertame kite dsygi…
.... Kita rasa d cntai…
... Mcam tu kew??
.... Ahahahaahahaha…
C.I.N.T.A
.... Ap ad dgn cinta???
..... Bahgia??derita??kasih saying??
..... Ap sbnarnya cnta???
...... Nape adnye cnta??
...... CINTA pd sape yg korang ltak pling ats???
....ALLAH??RASUL??IBU BAPA OR P.WE/ M.WE koramg??
.... Ap nak jwab kalu ad yg tye camtu???
..... Aq ley cnfrm…korng akn jwb ikt ssunan yg aq tlis kan….
..... Betol ker????
.... X nak piker dlu k???
.....Jgan nyesal lak nge plihan dan ssunan korng…
... Hurmmmm….
J
O
O
O
M
....Kite ssame evaluate..
.... Aq pun nak evaluate dr aq gak…
.... Klau ltak ALLAH no 1…
.... Kalu ltak ALLAH no 1…
.... MESTI akn s0lat tpat pd wktu….
..... MESTI xckap tipu..
..... MESTI ikt prntah ALLAH…
..... Rase-rase ad x krang kat mne-mne??
..... Aq ase aq ad krng kat sstngah tmpt….
.... Klau ltak RASUL no 2..
.... MESTI ikt sunnah NABI dan RASUL…
.... Nie tak…
.... Aq pun ad gak trmsuk dlam snrai…
.... Uhuhuhuhuhu….
....Klau ltak mak n ayah lpas ALLAH, n RASUL…
.... MESTI pape pun yg korng bwat,korng akn gtaw kat mak n ayh korng….
.... MESTI korng x lawn ckap mak n ayh korng….
... TAPIIIIII……
..... Nape kalu bcnta nge p.we/m.we…
....Korng btol-btol jge ati yeorng…
...Kalu jnji nak jmpe kol 2..sure xsmpai kol 2 da trpcak kat c2…
. Kalu ye call,korng x angkt..korng dah glabah ….pastu trus korng call blik…
Kalu xder topup..snggup p topup dlu…
Tp,kalu pnggln ILLAHI…
Amacam???
“LU PIKIR LA SNDRI”
Bak kte NABIL….
Kalu m.we/p.we mrah…korng pjuk smpai x mrah…
Tapiiiiii……
Kalu korng kne mrah dek makayh…korng bwat ap???
Korng pujuk k????
Aq ley grenti…
Xpujuk pyer….
Korng marah blik ad r….tol x ap aq ktekn???
Ahaks..ahaks..ahaks…
Soooo…..
The moral is…
Aq bkan pncnta yg baik….


Ak bkn pncnta sjati…
Aq bkan pncnta yg hakiki…
aq hnyalah pncnta yg x mngerti…..
ap itu….
C>I>N>T>A

Monday, February 1, 2010

MAK vs PASANGAN

Sesuatu yang baik untuk di renungkan bersama.....

Berilah yang terbaik buat ibu-ibu anda sementara ibu anda masih hidup

Bila seronok, aku cari.... pasanganku
-Bila sedih, aku cari..... Mak
-Bila berjaya, aku ceritakan pada.... pasanganku
-Bila gagal, aku ceritakan pada... . Mak
-Bila bahagia, aku peluk erat.... pasanganku
-Bila berduka, aku peluk erat.... Emakku
-Bila nak bercuti, aku bawa.... pasanganku
-Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.... Mak
-Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
-Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"
-Selalu.. aku ingat pasanganku
-Selalu.. Mak ingat kat aku
-Bila-bila.. . aku akan talipon pasanganku
-Entah bila... aku nak talipon Mak
-Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
-Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk Emak

-Renungkan:
-"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja...
-bolehkah kau kirim wang untuk Mak ?
- Mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".
-Berderai air mata jika kita mendengarnya. .......
-Tapi kalau Mak sudah tiada........ ...
- MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....

-Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
-berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya... ..
-berapa ramai yang sanggup. mengantikan lampin ibunya.....
-berapa ramai yang sanggup..... membersihkan najis ibunya....... .
-berapa ramai yang sanggup..... ... membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
-berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....

-Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......





Assalamualaikum kepada sekalian Roh Yg Masih BerJasad,
karangan nie aq ambik dr aq pyer email...karangan nnie d tlis oleh MUSAFIR MAYA... lom kite sesame bce...

Tinggalkan dunia sementara ye. Mate bagi yang tidak buta semestinya dapat membaca taipan aku ini dan semestinya dapat melihat objek yg ada disekelilingnya. Cuba alihkan pandangan anda seketika pada sesuatu objek, apakah yg anda pandang itu ? Apakah bentuknya ? Apa ? Bulat ? Bulat macam Bola ? Ok.. Cuba anda lukis apa yg anda pandang sebentar tadi, atas sebuah kertas. Masih lagi anda katakan apa yg anda pandang pada lukisan anda sendiri tadi adalah bola kan ? Kalau anda lukis bolalah, kalau anda lukis mende lain, ikut pandai andalah.. Hahaha... Tgk bola, lukis ikan, peliklah tu... Aik ? Tersenyum depan skrin komputer ? Rilekss.....

Jadi, aku tekankan di sini, setiap objek ada lukisannya. Ok.. Serius. Rendahkan kening anda, jgn muncung pulak. Tapi tak bolehkan ? Kalau rendahkan kening, mesti muncung nak keluar. Hahaha... !! Selingan.... Aku pulak tak serius. Ok serius.

Jadi, siapakah pencipta lukisan bentuk tubuh badan kite ? Jawapannya yg PASTI adalah ALLAH tetapi mana LUKISANnya ? Pernahkah anda melihat bentuk asal lukisan tubuh badan kite ?

Sepanjang perjalanan aku, aku pernah terbaca, terdengar dan mendengar bahawa sebelum jasad Nabi Adam dicipta, cahaya Nabi Mhmd sudah pun tercipta. (aku skiplah kisah ni ye... panjang kisahnya).

Huruf Jawi. Mesti anda semua tahu, tapi apakah rahsia yg ada disebalik bentuk huruf² jawi tersebut ? Kenapa ianya berbentuk sedemikian rupa ? Misalnya, huruf LAM berbentuk seperti mata kail pancing. Tak tahu ? Pergi beli sekarang dan tgk... isk isk.. Ok selingan tu..

Pernah juga aku bertanya pada seseorang yang arif ilmu agama tentang bentuk huruf-huruf ini tetapi jawapannya agak membantutkan keinginanku utk mengetahui. Tetapi tidak mengapalah, lain orang, lain ilmunya. Seperti kata pujangga IMAN TIDAK DAPAT DIWARISI. Aku pasti, mesti ada seseorang yg mengetahui tentang hakikat bentuk huruf-huruf ini. Kerana apa ? Allah mematikan ulama-ulama atau org yg dikehendakiNya kerana Ilmu yg ada pd seseorang itu (kite citer topik lain ye bab ini). Bayangkanlah, nak mati pun masih ada org kat tepi kita duk ajar mengucap 2 kalimah syahadah. Itulah ilmu utk akhirat. Tak pernah dengar pulak, org nak mati, kita duduk kat tepi dia pastu cakap, kau pergilah dulu, makanlah dulu sebelum pergi sana, kirim salam aku kat arwah ayoh, tok ngan nenek sekali ye.. tak ada, tak ada... yg pernah aku dengar, diajar mengucap 2 kalimah syahadah.

Berbalik kita pada bentuk huruf tadi. Kenapa huruf ini tidak digunapakai sekarang ni ? Maksud aku, seluruh dunialah, inilah satu-satunya huruf yg turun dari langit. Sebaliknya kita menggunakan huruf yg diciptakan oleh Yahudi. Jawapan ada pada sejarahnya.

Nabi 'MHMD'. Ejaan dalam huruf rumi 'MuHaMmaD' ttp dlm huruf jawi, MIM, HAA, MIM, DAA.. Itu hanya sebutan dan baris-barisnya bagaimane pule bentuk huruf MIM, huruf HAA, huruf DAA ? Saudara/saudari semua mesti dapat gambarkannya kan ? Sy percaya saudari/saudara semua ada ilmu pengetahuan masing².

Lama sudah aku berfikir mengenai lukisan asal bentuk tubuh manusia ini. Aku mencari kebenaran tersebut dan akhirnya aku temui jawapannya. Waaahh.. Saat itu gembiranya hati ini kerana Allah menunjukkan pada aku apa yang ingin aku ketahui walaupun sedikit tapi ianya adalah pintu utk mengetahuinya lebih lanjut. Hampir sepanjang perjalananan hidup aku, memerhatikan tulisan 'mim,haa,mim, daa' ini di mana-mana tetapi bentuk tulisan yg aku lihat tidak dapat menunjukkan pada aku apa yg aku sedang cari. Akhirnya suatu hari, aku cuba menulis sendiri tulisan ini dgn tgnku yg masih berfungsi dan berulang kali aku menulisnya sambil di hati berkata 'mesti ada ketersiratannya disebalik tulisan ini' .

Paaap !!! Aku menepuk lantai kayu rumah bondaku sambil menjerit kegembiraan, "Ya Allah, Engkau telah menampakkan aku !!!". Dibawah ini, aku tunjukkan bentuk lukisan tgn aku sendiri. Tentu saudara/saudari sekarang sudah nampak apa yg aku fikirkan sebelum ini.

'MIM,HAA,MIM, DAA' - MUHAMMAD.

Aku bermain-main dgn tulisan aku ni. Aku pusing tulisan ini kekiri (jawi bacaannya dari kanan ke kiri) dgn sudut pusingan 90 darjah. Setelah pusingan itu aku lakukan, aku dapati tulisan yg aku tulis tadi berbentuk manusia !!!. Lihat gambar dibawah.

Sejak dari itu, aku terus mencari hubungan tulisan ini dgn kehidupan seharian-harian. Aku fikir mengapa hampir semua dirumah org Islam ada digantung tulisan ini. Mengapa ??? Apakah ianya hanya sebagai hiasan atau suruhan ? Atau ada sebab lain yg tersirat. Wollohuallam. ...

Setelah didirikan tulisan itu, aku dapati, MIM pertama adalah mewakili kepala@akal kita, HAA mewakili tangan kita, MIM kedua adalah perut tempat dimana kita menerima makanan dariNya (secara hakikat,halal@ haram) dan DAA mewakili kaki. Tersenyum puas aku tika itu. Tapi apakah yg aku perolehi ini ada benarnya ?

Aku cari, aku cari, aku jumpa org tua, aku tanya tanpa segan silu kerana nafsuku terhadap ilmu membuak-buak ibarat air tanakan nasi yg sedang mendidih di dalam periuk di mana airnya berbuih-buih seperti ingin keluar dari periuk. Akhirnya, lama perjalananku, aku ketemu jawapannya disebuah pondok usang 'org tua' di atas sebuah bukit (tempatnya terpaksa kurahsiakan) . Kata orang tua tersebut, dalam sembahyang kita sering menyebutnye di dalam tahiyat iaitu mengucap 2 kalimah syahadah.

Aku b'tanya lagi ' Adakah 'asyhadu anna muhammadarrosullull oh ?' Org tua berkata ' Iye hamba Allah, ianya seakan membawa maksud aku muhammad tetapi bukan kita ini muhammad !!! Jgn saloh faham katenye lagi. Roh kita ini mengingatkan kita bahawa kita ini adalah dari cahaya (nur) muhammad.Haaa mcm tu..' sambil dia tersenyum padaku.

Terangnya lagi, dalam diri kita ada cahaya (nur) nabi muhammad, jadi apa yg kita lafazkan itu adalah peringatan dari roh kita sendiri terhadap jasad kita bahawa roh kita berasal dari cahaya nabi muhammad. Ya Allah, begitu tersirat penerangannya sehingga meremang bulu romaku. Tapi bagaimana serapan lafaz itu kita nak sampaikan ke dalam lubuk hati kita ? Dapatkah kita merasai akan rasa lazat itu dengan setiap kali mendirikan solat ? Setiap orang rasanya tidak sama, cuma bentuk kelakuannya sahaja yg sama. Saudara/saudari bercakaplah dengan roh (hati) saudara/saudari.

Kini, apa yg aku perhatikan dengan bebola mataku yg dikurniakan olehNya utk melihat adalah apabila aku terpandang manusia, aku ternampak tulisan jawi Nabi Muhammad, bila org mengatakan 'Al-Quran Bergerak', aku ternampak lagi tulisan Nabi Muhammad. Kemana sahaja aku pergi, inilah yg aku nampak. Aku pandang org berpangkat, org kaya, org miskin, apa-apa org lagi, inilah yg aku nampak iaitu tulisan 'MIM,HAA,MIM, DAA' bergerak-gerak di atas alam ini. Tersenyum sendiri aku bila nampak kekasih Allah ada pada bentuk tubuh manusia.

Maka Benarlah, Nabi Muhammad adalah rahmat utk seluruh alam. Walaupun baginda sudah wafat, namun tulisan baginda masih 'hidup'. Berselawatlah kalian semua...

Kisah ini hanya menyentuh bentuk lukisan manusia sahaja. Bagaimana pula tulisan ini 'hidup' ??? .. Ada masa yg diizinkan dan aku masih hidup, akan kuceritakan lagi....Semoga aku dan kalian yang membaca mendapat petunjuk dan hidayah dariNya.

KENAPA JANGAN???



Jangan makan dan minum dalam
bekas yang pecah atau sumbing.
Makruh kerana ia membahayakan.





Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah
digunakan tidak berbasuh.
Makruh dan mewarisi kepapaan.





Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti
rezeki mahal (susah)
(kerana berpagi-pagi itu membuka pintu
berkat).

Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.



Jangan keluar rumah
tanpa niat untuk membuat kebaikan.
Takut-takut kita mati dalam
perjalanan.

Jangan pakai sepatu atau selipar yang
berlainan pasangan.
Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan biarkan mata liar di perjalanan.
Nanti hati kita gelap
diselaputi dosa.

Jangan menangguh taubat bila berbuat
dosa kerana mati boleh datang
bila-bila masa.

Jangan ego untuk meminta maaf pada
ibu bapa dan sesama manusia
kalau memang kita bersalah.

Jangan mengumpat sesama rakan
taulan.Nanti rosak persahabatan kita
hilang bahagia.

Jangan lupa bergantung kepada ALLAH
dalam setiap kerja kita.
Nanti kita sombong apabila berjaya.
Kalau gagal kecewa pula.

Jangan bakhil untuk bersedekah.
Sedekah itu memanjangkan umur
dan memurahkan rezeki kita.

Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.
Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah
ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.

Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.

Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.
Akhirat itu lebih utama
dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.
Sebab semuanya untuk keselamatan kita.
ALLAH lebih tahu apa yang terbaik
untuk hamba ciptaanNya.

"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"
(Sabda Rasulullah SAW)
"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.
"(Surah Al-Ahzab:71)

BUAT PEDOMAN BERSAMA

Jika kamu memancing ikan....
Setelah ikan itu terlekat di mata kail,
hendaklah kamu mengambil ikan itu....
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia
semula ke dalam air begitu saja....
Karena ia akan SAKIT oleh kerana bisanya
ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga ..........

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang...
Setelah ia mulai MENYAYANGIMU
hendaklah kamu MENJAGA hatinya....
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja.....
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu
dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu......

Jika kamu menadah air biarlah berpada,
jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia
begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu....
Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menambalnya semula....
Akhirnya ia dibuang....

Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan
lagi....
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya....
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu
istimewa....
Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan
mudah bagi kamu untuk menerimanya......
akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.

Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga
ke akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi...
yang kamu pasti baik untuk dirimu.
Mengenyangkan. Berkhasiat.
Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..
Terlalu ingin mengejar kelazatan.
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya.
Kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan.....
yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu.
MENYAYANGIMU... MENGASIHIMU...
Mengapa kamu berlengah,
cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.
Terlalu mengejar kesempurnaan.
Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang L ain
Kamu juga yang akan MENYESAL....